Tak Mampu Tebus Emas Pajak?

Jangan risau! Kami sedia membantu tebus & beli surat pajak emas dengan harga tinggi

tebus surat pajak

Jika anda mempunyai emas yang dipajak di Ar-Rahnu atau kedai pajak tetapi tidak mampu menebusnya, anda masih mempunyai pilihan.

Ramai orang tidak sedar bahawa mereka boleh menjual emas pajak dan mendapatkan lebihan tunai, daripada kehilangan emas tersebut sepenuhnya.

GoldPro membantu pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor menebus dan menjual emas pajak dengan proses yang telus, cepat dan selamat.

Masalah Yang Sering Dihadapi Pemilik Emas Pajak

Ramai pemilik emas pajak menghadapi situasi seperti:

  • Tempoh pajak hampir tamat
  • Tidak cukup tunai untuk menebus emas
  • Faedah atau upah simpan semakin meningkat
  • Nilai emas semakin tinggi tetapi tidak mampu menebus

Akibatnya, ramai pemilik emas terpaksa berhadapan dengan pilihan yang sukar – sama ada nak jual atau nak dibiarkan lelong.

Apa Akan Terjadi Jika Emas Pajak Tidak Ditebus?

Jika emas tidak ditebus dalam tempoh pajak:

1. Ar-Rahnu atau kedai pajak akan melelong emas tersebut

2. Hasil lelong mungkin lebih rendah daripada nilai pasaran

3. Pemilik emas mungkin kehilangan peluang untuk mendapatkan nilai sebenar emas mereka

Sebaik sahaja lelongan berjaya, anda secara rasmi kehilangan hak milik ke atas barang kemas atau emas tersebut.

Ramai pemilik emas sebenarnya mengalami kerugian tanpa disedari apabila emas mereka dilelong.

Bagaimana Kami Membantu Anda?

GoldPro membantu pemilik emas pajak dengan cara membeli surat pajak dan menebus emas tersebut.

Prosesnya seperti berikut:

1️⃣ Semak nilai emas anda

Berikan maklumat seperti:

  • Hantar surat pajak gadai anda kepada kami. Whatsapp ke 018-2122510

Kami akan mengira nilai emas semasa berdasarkan maklumat di surat pajak.

2️⃣ Jumpa di Ar-Rahnu

Jika bersetuju dengan harga, kami akan set temujanji dengan anda di kedai pajak atau Ar-Rahnu di mana anda pajak emas tersebut.

3️⃣ Tebus emas bersama

Semasa proses tebus di kedai pajak, anda tak perlu keluar sebarang modal. Semua modal dari pihak kami.

Selepas emas dikeluarkan, ia akan diberikan kepada pihak kami.

4️⃣ Terima lebihan tunai

Selepas ditolak jumlah tebus, anda akan menerima lebihan tunai daripada nilai emas tersebut.

Faedah Yang Anda Boleh Dapat

Dengan bantuan GoldPro, anda boleh:

✔ Anda tidak perlu keluar sebarang modal untuk tebus. Kami akan sediakan semuanya.

✔ Dapat lebihan tunai daripada emas pajak

✔ Mengelakkan emas dilelong dengan harga rendah

✔ Menyelesaikan masalah pajak dengan lebih cepat

✔ Mengurangkan tekanan kewangan

Ramai pelanggan sebenarnya dapat pulangan tunai daripada emas yang hampir dilelong.

Ini jauh lebih baik daripada kehilangan emas sepenuhnya.

Kawasan Servis GoldPro

GoldPro membantu pelanggan di kawasan berikut:

  1. Kuala Lumpur
  2. Petaling Jaya
  3. Shah Alam
  4. Klang
  5. Subang
  6. Puchong

Semak Nilai Surat Pajak Anda Sekarang

Jika anda mempunyai:

  • Emas pajak di Ar-Rahnu
  • Surat pajak emas
  • Atau hampir kehilangan emas kerana tidak mampu menebus

Hubungi kami untuk semakan nilai.